Friday, 26 September 2014

Kemasukan Pelajar Ke Pusat Pengajian Sesi September 2014

 http://vectorise.net/logo/wp-content/uploads/2010/12/Jom-Masuk-U-logo.png
Pada tahun 2014, Kementerian Pendidikan Malaysia telah mendapat sejumlah 74,071 calon memohon untuk masuk ke IPTA. Tetapi sejumlah 37,467 calon yang layak telah berjaya mendapat tawaran di 19 IPTA. Seramai 36,604 calon telah gagal ditawarkan ke IPTA. Ia merupakan satu bilangan yang besar dan telah menunjukkan bahawa masyarakat sekarang sangat berdaya saing. Pemegange sarjana atau sarjana muda tidak cukup, calon perlu menggunakan masa di universiti belajar kemampuan yang dapat meningkatkan berdaya saing sendiri berbanding orang lain. Pada sesi September 2014, seramai 3437 calon telah ditawarkan untuk melanjutkan pelajaran di Univiesiti Utara Malaysia. Sesi ini telah menerima seramai 328 mahasiswa antarabangsa daripada 16 buah Negara yang lain. IPTA lebih murah berbanding dengan IPTS kerana IPTA merupakan university tempatan dan lebih ekonomi kepada masyarakat yang berpendapatan sederhana dan rendah. Pelajaran merupakan sumber utama untuk meningkat kehidupan seseorang and juga meningkat ekonomi negara. 
http://www.themalaysiantimes.com.my/wp-content/uploads/2013/09/uum-2-522x320.jpg

Salah satu IPTA merupakan Universiti Utara Malaysia. UUM berlokasi di Utara Semenanjung Malaysia, negeri Kedah. Ia boleh dikatakan dipinggir Thailand. UUM mempunyai kawasan luas dan udara yang segar kerana UUM terletak berjauhan dengan bandar. Pelajar baru yang masuk pada mulanya akan tidak biasa dengan keadaan yang baru ini, kerana bilik dikongsi oleh dua orang, tandas mandi tiada air panas dan cuaca adalah sejuk. Pelajar baru juga harus sediakan satu payung dari semasa ke semasa kerana pada September merupakan musim hujan.

No comments:

Post a Comment