Jenayah kolar putih merupakan satu perbuatan yang
dilakukan oleh golongan pertengahan atau atasan yang mempunyai kuasa dalam
bidang yang mereka cemburui. Ia juga merupakan jenayah yang melibatkan pecah
amanah terhadap masyarakat kerana mereka mengambil sesuatu daripada rakyat sama
ada secara langsung ataupun tidak langsung. Jenayah kolar putih juga dipanggil
sebagai jenayah ekonomi, jenayah perdagangan dan jenayah korporat.
Jenayah
kolar putih melibatkan niat untuk melakukan perbutan salah laku, tindakan yang
penuh dengan tipu muslihat yang berunsur penipuan, penyembunyian berterusan
tentang sesuatu dengan bermatlamatkan kepentingan diri sendiri.
Rasuah,
penyelewengan, pecah amanah, konflik kepentingan, penyalahgunaan kuasa dan
lain-lain merupakan jenayah kolar putih. Salah satu punca yang menyebabkan
seseorang melakukan jenayah ini kerana tamak. Keinginan yang jauh berbanding
dengan keadaan sendiri, sifat ingin kekayaan yang lebih banyak dan lebih cepat.
Jenayah rasuah turut dikenali sebagai tumbuk rusuk, sogokan, duit kopi, minyak
pelincir, duit bawah meja,hulur, komisyen, angpow, hadiah, dan
sebagainya.(Sumber: Laman SPRM) Kelakuan rasuah akan mengsusahkan rakyat kerana
rakyat sudah ada satu keluarga untuk menjaga tetapi perlu beri orang lain
kebaikan juga, dan ia juga akan menjejaskan ekonomi Negara. Penyelewengan
merupakan tindakan yang menyalahgunakan harta dengan curang atau menggunakan
harta orang lain. Pecah amanah meliputi penggunaan kepakaran atau maklumat yang
dimiliki untuk membeli saham dan menjual saham tersebut kepada syarikat di mana
ia bertugas untuk mengaut keuntungan peribadi. Kelakuan ini menunjukkan
ketamakkan seseorang dan mengkianati syarikat.