Tuesday, 28 October 2014

Jenayah Kolar Putih



            Jenayah kolar putih merupakan satu perbuatan yang dilakukan oleh golongan pertengahan atau atasan yang mempunyai kuasa dalam bidang yang mereka cemburui. Ia juga merupakan jenayah yang melibatkan pecah amanah terhadap masyarakat kerana mereka mengambil sesuatu daripada rakyat sama ada secara langsung ataupun tidak langsung. Jenayah kolar putih juga dipanggil sebagai jenayah ekonomi, jenayah perdagangan dan jenayah korporat. 


            Jenayah kolar putih melibatkan niat untuk melakukan perbutan salah laku, tindakan yang penuh dengan tipu muslihat yang berunsur penipuan, penyembunyian berterusan tentang sesuatu dengan bermatlamatkan kepentingan diri sendiri.
            Rasuah, penyelewengan, pecah amanah, konflik kepentingan, penyalahgunaan kuasa dan lain-lain merupakan jenayah kolar putih. Salah satu punca yang menyebabkan seseorang melakukan jenayah ini kerana tamak. Keinginan yang jauh berbanding dengan keadaan sendiri, sifat ingin kekayaan yang lebih banyak dan lebih cepat. Jenayah rasuah turut dikenali sebagai tumbuk rusuk, sogokan, duit kopi, minyak pelincir, duit bawah meja,hulur, komisyen, angpow, hadiah, dan sebagainya.(Sumber: Laman SPRM) Kelakuan rasuah akan mengsusahkan rakyat kerana rakyat sudah ada satu keluarga untuk menjaga tetapi perlu beri orang lain kebaikan juga, dan ia juga akan menjejaskan ekonomi Negara. Penyelewengan merupakan tindakan yang menyalahgunakan harta dengan curang atau menggunakan harta orang lain. Pecah amanah meliputi penggunaan kepakaran atau maklumat yang dimiliki untuk membeli saham dan menjual saham tersebut kepada syarikat di mana ia bertugas untuk mengaut keuntungan peribadi. Kelakuan ini menunjukkan ketamakkan seseorang dan mengkianati syarikat. 


            Kesimpulannya, jenayah kolar putih boleh menjejaskan prestasi kewangan sesebuah organisasi. Ia bukan hanya membabitkan individu, tetapi ia juga menjejaskan kedudukan kewangan Negara. Krisis kewangan global sekarang memerlukan penyelesaian untuk meminium dan mengurangkan jenayah kolar putih yang dijangka meningkat berikutan situasi ekonomi semasa.

No comments:

Post a Comment