Wednesday, 17 December 2014

Cabaran Generasi Y



Generasi Y merupakan manusia yang lahir dalam lingkungan tahun 1970-an hingga 1990-an, dan jumlah mereka hamper 80 juta seluruh dunia bersamaan dengan komuniti ‘baby boomers’  (golongan yang lahir dalam lingkungan 1946 hingga 1964) iaitu generasi sebelum generasi X.


Generasi Y ini hidup dalam dunia teknologi yang canggih dan dunia internet yang berbagai. Teknologi makin berubah dari semasa ke semasa, tahap kesesuaian dengan kelajuan berubah teknologi kepada diri sendiri perlu sangat laju kerana jika ketinggalan kepada kelajuannya, mungkin disingkir oleh masyarakat.


Dunia Internet merupakan salah satu ‘keperluan’ generasi Y. Generasi Y ini berinteraksi dengan kawan-kawannya melalui rangkaian sosial yang percuma berbanding dengan ‘sms’ yang dikenakan bayaran. Internet juga membenarkan generasi Y ini dengan menekan sahaja untuk mendapat informasi.
 

Selain itu, cabaran generasi Y yang terkini sangat diambil berat kerana kebanyakan graduan universiti tidak dapat jawatan atau pekerjaan. Generasi Y ini hanya mengetahui informasi atau pengetahuan tentang hiburan dan bidang yang digemari sahaja tetapi mereka melupakan surat khabar yang mengemukakan masalah yang berlaku di dalam negara serta masalah yang berlaku di luar negara.


Mahasiswa sebagai generasi Y adalah generasi yang sangat berpotensi besar dalam membawa misi membaik pulih keadaan masyarakat yang lupa dari toleransi, berbaik sangka, bantu-membantu. Mahasiswa adalah entiti yang bebas kepentingan dan menjadi harapan untuk menggerakkan peranan kerarah perubahan sosial dan pemulihan politik negara.
 

Belajar sambil mencabar. Pengetahuan tidak terjuntai seperti pisang. Bangsamu tidak termaju tanpa pemimpin berpengalaman (mencabar) dan terpelajar. – Profesor Ungku A Aziz.

Tuesday, 28 October 2014

Jenayah Kolar Putih



            Jenayah kolar putih merupakan satu perbuatan yang dilakukan oleh golongan pertengahan atau atasan yang mempunyai kuasa dalam bidang yang mereka cemburui. Ia juga merupakan jenayah yang melibatkan pecah amanah terhadap masyarakat kerana mereka mengambil sesuatu daripada rakyat sama ada secara langsung ataupun tidak langsung. Jenayah kolar putih juga dipanggil sebagai jenayah ekonomi, jenayah perdagangan dan jenayah korporat. 


            Jenayah kolar putih melibatkan niat untuk melakukan perbutan salah laku, tindakan yang penuh dengan tipu muslihat yang berunsur penipuan, penyembunyian berterusan tentang sesuatu dengan bermatlamatkan kepentingan diri sendiri.
            Rasuah, penyelewengan, pecah amanah, konflik kepentingan, penyalahgunaan kuasa dan lain-lain merupakan jenayah kolar putih. Salah satu punca yang menyebabkan seseorang melakukan jenayah ini kerana tamak. Keinginan yang jauh berbanding dengan keadaan sendiri, sifat ingin kekayaan yang lebih banyak dan lebih cepat. Jenayah rasuah turut dikenali sebagai tumbuk rusuk, sogokan, duit kopi, minyak pelincir, duit bawah meja,hulur, komisyen, angpow, hadiah, dan sebagainya.(Sumber: Laman SPRM) Kelakuan rasuah akan mengsusahkan rakyat kerana rakyat sudah ada satu keluarga untuk menjaga tetapi perlu beri orang lain kebaikan juga, dan ia juga akan menjejaskan ekonomi Negara. Penyelewengan merupakan tindakan yang menyalahgunakan harta dengan curang atau menggunakan harta orang lain. Pecah amanah meliputi penggunaan kepakaran atau maklumat yang dimiliki untuk membeli saham dan menjual saham tersebut kepada syarikat di mana ia bertugas untuk mengaut keuntungan peribadi. Kelakuan ini menunjukkan ketamakkan seseorang dan mengkianati syarikat. 


            Kesimpulannya, jenayah kolar putih boleh menjejaskan prestasi kewangan sesebuah organisasi. Ia bukan hanya membabitkan individu, tetapi ia juga menjejaskan kedudukan kewangan Negara. Krisis kewangan global sekarang memerlukan penyelesaian untuk meminium dan mengurangkan jenayah kolar putih yang dijangka meningkat berikutan situasi ekonomi semasa.

Mahasiswa Minda Kelas Pertama



          Mahasiswa hari ini dianggap tidak berkualiti berbanding dengan mahasiswa masa lalu. Tahap pendidikan masa kini lebih longgar berbanding dengan masa lampau. Kualiti mahasiswa telah jatuh di pandangan organisasi. Bukan sahaja semata-mata tahap pendidikan, ia juga disebabkan oleh mahasiswa tersebut. Masyarakat hari ini telah dikurungi oleh teknologi yang canggih. Kehidupan yang senang telah menyebabkan mahasiswa tinggal di dalam bilik main permainan komputer. 


Bagi seseorang yang merasakan menjadi seorang mahasiswa hanya perlu menumpukan pengajian di dalam dewan kuliah dan tidak perlu membuat rujukan de perpustakaan, tidak membuat perbincangan secara berkumpulan dan tidak menyertai sebarang kegiatan ko-kurikulum adalah kurang tepat dan menunjukkan seseorang yang pasif dan tidak berkualiti. Pelajar ini akan terlibat dengan gaya hidup yang tidak sihat sepanjang universiti masa. Tidak mempunyai kawan yang ramai, sukar untuk berinteraksi dengan rakan-rakan dan kurang mempunyai ciri-ciri pemimpinan.
       
        Untuk dikatakan mahasiswa minda kelas pertama, pelajar perlu mempunyai ciri-ciri yang tertentu seperti keyakinan diri untuk berinteraksi dengan orang lain, mempunyai pengetahuan ilmiah dan juga ilmu yang berkaitan dengan isu-isu politik, ekonomi dan social tempatan dan antarabangsa. Kepimpinan juga salah satu aspek yang dikatakan kualiti. Pemimpin dan pemimpin yang bertanggungjawab merupakan perkara yang berbeza. Setiap manusia boleh menjadi seorang pemimpin terhadap sendiri, tetapi seseorang tersebut boleh dikatakan pemimpin yang bertanggungjawab pada pandangan orang lain?


            Seorang pemimpin yang bertanggungjawab ialah seorang yang mengambil berat tentang isu semasa dan membuat sesuatu yang akan memberi kebaikan kepada masyarakat dan Negara. Seorang yang berfikiran global namun bertindak local sesuai dengan budaya setempat.