Generasi Y merupakan manusia yang lahir dalam lingkungan tahun 1970-an
hingga 1990-an, dan jumlah mereka hamper 80 juta seluruh dunia bersamaan dengan
komuniti ‘baby boomers’ (golongan yang
lahir dalam lingkungan 1946 hingga 1964) iaitu generasi sebelum generasi X.
Generasi Y ini hidup dalam dunia teknologi yang canggih dan dunia
internet yang berbagai. Teknologi makin berubah dari semasa ke semasa, tahap
kesesuaian dengan kelajuan berubah teknologi kepada diri sendiri perlu sangat
laju kerana jika ketinggalan kepada kelajuannya, mungkin disingkir oleh masyarakat.
Dunia Internet merupakan salah satu ‘keperluan’ generasi Y. Generasi Y ini
berinteraksi dengan kawan-kawannya melalui rangkaian sosial yang percuma
berbanding dengan ‘sms’ yang dikenakan bayaran. Internet juga membenarkan
generasi Y ini dengan menekan sahaja untuk mendapat informasi.

Selain itu, cabaran generasi Y yang terkini sangat diambil berat kerana
kebanyakan graduan universiti tidak dapat jawatan atau pekerjaan. Generasi Y
ini hanya mengetahui informasi atau pengetahuan tentang hiburan dan bidang yang
digemari sahaja tetapi mereka melupakan surat khabar yang mengemukakan masalah
yang berlaku di dalam negara serta masalah yang berlaku di luar negara.
Mahasiswa sebagai generasi Y adalah generasi yang sangat berpotensi besar
dalam membawa misi membaik pulih keadaan masyarakat yang lupa dari toleransi,
berbaik sangka, bantu-membantu. Mahasiswa adalah entiti yang bebas kepentingan
dan menjadi harapan untuk menggerakkan peranan kerarah perubahan sosial dan
pemulihan politik negara.

Belajar sambil mencabar.
Pengetahuan tidak terjuntai seperti pisang. Bangsamu tidak termaju tanpa
pemimpin berpengalaman (mencabar) dan terpelajar. – Profesor Ungku A Aziz.
No comments:
Post a Comment